Tuesday, June 9, 2009

Terima Kasih

Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua rakan-rakan ke Majlis Perkahwinan anak kami pada 7 Jun 2009. Kepada para hadirin yang tidak sempat di layan dengan sempurna,kami pohon jutaan maaf sebab maklumlah telalu ramai rakan taulan yang hadir.

Jutaan terima kasih kepada kesemua penduduk dan pakat Kg Jeram kerana keringat yg disumbangkan amat begitu bermakna untuk memeriahkan majlis yg indah ini.






Terima kasih juga kepada Ahmad Md. Saman yang berkerja keras mengumpul member2 ex-student SMJ 1975. Moga Allah memberkati niat suci untuk merapatkan persahabat yang kian terhakis akibat perpisahan lebih 30 tahun lamanya.Kepada Mak Ngah Shatirah serta suami En. Zaki, kami sekeluarga rakamkan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi memeriahkan lagi kemeriahan di Kg Jeram.

Insyaalah mudah2han majlis sebegini berterusan kerana ia mengamit seribu kenangan yg begitu indah.


4 comments:

anak to'lang hussin said...

Salam

Trima kasih atas jemputan..semoga pengantin baru berbahagia hingga akhir ke hayat..ayah,mak dan keluarga d gurun kirim salam untuk kak ja seisi keluarga

Kakdia anak pakngah@faridah said...

Kak Ja dan keluarga, tahniah kerana menendapat menantu yang comel, semoga pengantin bahagia keakhir hayat dan berbahagia serupa ayah dan bondanya. Saya mohon ampun dan maaf kerana tidak dapat hadir, melihat kepada foto2 yang dirakamkan, rasanya rugi teramat sangat kerana terlepas peluang bertemu saudara dan rakan2 yang telah terpisah agak lama,moga pada majlis di lain kali, jika dipanjangkan umur moga kita bertemu kembali.InsyaAllah.

Anonymous said...

salam

Maksu Faiezah said...

Salam dr Maksu Faiezah
Seronok tngok gambar2 di kelantan walaupun tak boleh p. tapi gambar yang sesat di jalanan tak dapat nak display. Cerita macam P Ramlee brapa kali cerita pun dok gelak tak habis sejarah sesat. Anak-anak kita pun dari situ dah jadi akrab dan dah tau kemesraan adik beradik macam mana. Kalu dak depa dok kata kat kita awatlah kalu jumpa kita ni semua sembang dan gelak tak tau habis2 ha..kena tang depa baru tau syoknya kumpul adik beradik. Maksu cadangkan supaya kita semua dapat buat reunion keluarga TOK PIAH pada akhir tahun ini atau Raya ini di rumah keluarga KPG NYIOR. kita lantik 1 setiausaha untuk buat list ahli keluarga berdaftar dan 1 bendahari untuk collection dana nak belanja untuk majlis tersebut. la ni mana ada free.....nak buang air bertakung pun kena 3 kupang. tambah la nak himpun adik beradik. OK kpd pengantin selamat melayari alam rumah tangga dengan tenang dan sabar dalam semua dugaan hidup. tahun n boleh mula buat jadual balik raya. mana2 rumah pun atuq bagi elok dan sempurna.