Sunday, June 14, 2009

Thursday, June 11, 2009

Pencarian Yang Tak Kemana

Dunia semakin hampir untuk kami yang berusia sebegini meninggalkannya.Tetapi ilmu didada masih lagi lompong. Berkejar mencari pak dan tok guru. Dengkil dan benak hati tidak dapat merasai kenikmatan ilmu yang dicurahkan. Nak dikatakan seperti daun keladi agak janggal.Sepatutnya dalam seusia ini kita sudah mencapai klimax pengilmuan. Malu tidak seperti Pak-pak kiyai di Indonesia atau Lebai 60 tahun yang lalu di Malaysia. Mereka dengan mudah melemparkan ilmu tanpa perlu merujuk kepada kitab seperti kitab musalli karya Sheikh Daud Al-Fatani dan sebagainya. Inilah projek penjajah yang diambil oleh cendiakiawan kita dan diterapkan dalam sistem pembelajaran 40 tahun yang lalu.Habis bacaan jawi dikuburkan,maka pelajar ketika itu kelam mata dan minda merayau mencari peninggalan ulama yang pada keseluruhan kitab ditulis dalam huruf jawi tua.Kini tulisan jawi tua diubah mengikut kesesuaian masa.Maklumlah bahasa dan tulisan adalah abiterari. Hai nasib kami yang mengharungi detik hitam ini. Apakah ini satu dosa anak-anak tahun 50 an yang mengecap kemerdekaan tapi terkorban keilmuan ukhrawi. Memang nasib malang kami tak terbela. Sekarang membaca jawi seperti mengagau haruan dalam lumpur....wasallam.

Tuesday, June 9, 2009

Gambar Perkahwinan Di Kota Bharu

Antara gambar kenangan di Kota Bharu












Gambar Perkahwinan Di Kg Jeram

Majlis di Kg Tanjung,Mukim Jeram 070609




Terima Kasih

Kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kehadiran semua rakan-rakan ke Majlis Perkahwinan anak kami pada 7 Jun 2009. Kepada para hadirin yang tidak sempat di layan dengan sempurna,kami pohon jutaan maaf sebab maklumlah telalu ramai rakan taulan yang hadir.

Jutaan terima kasih kepada kesemua penduduk dan pakat Kg Jeram kerana keringat yg disumbangkan amat begitu bermakna untuk memeriahkan majlis yg indah ini.






Terima kasih juga kepada Ahmad Md. Saman yang berkerja keras mengumpul member2 ex-student SMJ 1975. Moga Allah memberkati niat suci untuk merapatkan persahabat yang kian terhakis akibat perpisahan lebih 30 tahun lamanya.Kepada Mak Ngah Shatirah serta suami En. Zaki, kami sekeluarga rakamkan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi memeriahkan lagi kemeriahan di Kg Jeram.

Insyaalah mudah2han majlis sebegini berterusan kerana ia mengamit seribu kenangan yg begitu indah.