Tuesday, August 18, 2009

Buat teman seperjuangan .... saya ingin megucapkan selamat berpuasa Ramadhan . Moga pada tahun ini kita mempunyai keazaman yang lebih,banyak berightifar,bertasbih,bertahmid serta menyempurnakan ibadah tarawih. Kita muhasabahlah diri kita yang begitu kerdil sekali disisi Illahi. Kekerdilan inilah yang patut kita sukat sejauhmanakah bekalan serta persiapan kita yang akan dibawa bersama selimut putih. Usia kita tidak memungkinkan kita hidup lebih daripada 50 tahun lagi. Walaupun ada tapi hanya yang terpilih sahaja,Qhalibnya kita akan dijemput untuk bersemadi sebelum dihidupkan kembali. Dengan apa yang kita akan tenangkan roh kita kalau kita ketinggalan dalam mengutip habuan di alam maya ini sebagai bungkusan bekalan ke sana nanti. Dibulan puasa inilah peluang kita untuk berkorban. Banyakkanlah mengadakan jamuan untuk mereka yang berpuasa.Moga setiap insan yang berbuka puasa itu akan menghadiahi sedikit SEDEKAH PAHALA DOA MEREKA untuk kita... SELAMAT BERPUASA